Skip to main content

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist

sumber resepi : Busu Rozita.


Bahan A

1 Cawan gula pasir

1 cawan serbuk koko

1 Cawan susu cair

1/2 Cawan susu pekat

1 Cawan minyak 


- Campur semua bahan A & masak di atas api kecil hingga larut sebati. Boleh tutup api bila dah sebati.


Bahan B

3/4 Cawan tepung gandum

1 Sudu kecil baking powder

1 Sudu kecil soda bikarbonat


- Ayak bahan B … 


Bahan C

3 Biji telur size A

1 Sudu kecil esen vanilla


- Blender bahan c hingga kembang


Cara-cara


1. Masukkan bahan A ke dalam bekas. 

2. Seterusnya, masukkan pula bahan B dan C secara selang-seli. Gaulkan  menggunakan whisk sahaja. 

3. Bila dah digaul sebati, tapis adunan untuk mendapatkan adunan yang lagi sempurna.

4. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. kalau tak mendidih betul .. keknya tak naik cantik ..

5. Masa kukusan bergantung kepada saiz bekas. 

- Bekas kecil 10 minit ;

- Bekas sedang 15-17 minit;

- Bekas besar 40-45 minit 

6.  Cucuk dengan lidi sebelum angkat. Jika lidi kering, maksudnya dah masak & Boleh tutup api. Sekiranya basah, boleh kukus lagi untuk beberapa minit.


Topping Coklat

1 cawan koko

1 Cawan susu pekat

1 cawan minyak 

1/2 Cawan susu cair


1. Campur semua bahan & masak secara double boil .

2. Boleh tambahkan lagi susu cair sedikit untuk topping yg lebih cair.


Nota tambahan.

- Boleh guna tepung sebanyak 3/4 cawan, 1 cawan dan 1 1/4 cawan . Semuanya jadi belaka.

- Guna 1 1/4 cawan , supaya mudah nak potong dua.

- Kalau tak keluarkan dari bekas , guna 3/4 cawan atau hampir 1 cawan . Sekiranya kurang tepung, kek akan jadi lembut sangat tapi janganlah kurang dari 3/4 cawan ye... 😃😃

Comments

Popular posts from this blog

Kek Belacan Sarawak

KEK BELACAN SARAWAK Sumber resipi: Seni Patisserie Bahan-bahan: 450g pure butter (saya guna Golden Churn)  10 biji telur gred A 1 cawan gula halus 300g susu pekat manis 1 tin kecil seri kaya (180g) 100g dairy whipping cream 200g horlicks 100g milo 2 cawan tepung gandum 1 botol kecil (140g) browning sugar (gula hitam) 1 sudu besar serbuk koko 1 sudu kecil esen vanila Cara-cara: 1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Masukkan kaya, susu, vanilla essence & whipping cream. Pukul hingga sebati. 4. Masukkan horlicks, milo & serbuk koko. 5. Masukkan tepung sikit demi sedikit. 6. Masukkan browning sugar. Gaul hingga sebati. 7. Sediakan loyang 8" x 8". Oleskan butter pada loyang. Saya guna Canola Spray. Masukkan adunan ke dalam loyang & tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 6 jam. Selepas 6 jam, tutup api & biarkan kek di dalam pengukus selama 30 minit. Kemudian bila kek dah sejuk barulah potong ...

Ayam Masak Kicap Kampun Stail

 Bahan-bahan 1 1/2 Biji Bawang Holland 3 Biji Bawang Putih 1 Inci Halia 3 biji cili api (optional) 2 ketul Dada Ayam potong kecil Kicap Masin minyak Cara-cara 1. Kisarkan Bawang Holland, putih & Halia. Kisar guna blender banyakkan air. 2. Panaskan kuali dan minyak secukupnya. 3. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Selepas itu masukkan cili api, tumis seketika. 4 Masukkan ayam. Gaulkan dan masak sehingga ayam keluar air. 5. Setelah ayam keluar air, boleh masukkan kicap & garam.Boleh tambahkan air untuk kuah yg lebih. Tidak perlu tambah air sekiranya lebih suka lauk kering. 6. Gaulkan dan biar kan air mendidih atau sehingga ayam betul-betul masak. 7. Bole Masukkan perhiasan seperti Bawang holland dipotonh bulat ataupun lada merah buang biji untuk menjadi penyeri hidangan.