Skip to main content

Kek Belacan Sarawak

KEK BELACAN SARAWAK

Sumber resipi: Seni Patisserie


Bahan-bahan:

450g pure butter (saya guna Golden Churn) 

10 biji telur gred A

1 cawan gula halus

300g susu pekat manis

1 tin kecil seri kaya (180g)

100g dairy whipping cream

200g horlicks

100g milo

2 cawan tepung gandum

1 botol kecil (140g) browning sugar (gula hitam)

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan kaya, susu, vanilla essence & whipping cream. Pukul hingga sebati.

4. Masukkan horlicks, milo & serbuk koko.

5. Masukkan tepung sikit demi sedikit.

6. Masukkan browning sugar. Gaul hingga sebati.

7. Sediakan loyang 8" x 8". Oleskan butter pada loyang. Saya guna Canola Spray. Masukkan adunan ke dalam loyang & tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 6 jam. Selepas 6 jam, tutup api & biarkan kek di dalam pengukus selama 30 minit. Kemudian bila kek dah sejuk barulah potong & balut dengan cling wrap.


Selamat mencuba! 😊


Comments

Popular posts from this blog

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist sumber resepi : Busu Rozita. Bahan A 1 Cawan gula pasir 1 cawan serbuk koko 1 Cawan susu cair 1/2 Cawan susu pekat 1 Cawan minyak  - Campur semua bahan A & masak di atas api kecil hingga larut sebati. Boleh tutup api bila dah sebati. Bahan B 3/4 Cawan tepung gandum 1 Sudu kecil baking powder 1 Sudu kecil soda bikarbonat - Ayak bahan B …  Bahan C 3 Biji telur size A 1 Sudu kecil esen vanilla - Blender bahan c hingga kembang Cara-cara 1. Masukkan bahan A ke dalam bekas.  2. Seterusnya, masukkan pula bahan B dan C secara selang-seli. Gaulkan  menggunakan whisk sahaja.  3. Bila dah digaul sebati, tapis adunan untuk mendapatkan adunan yang lagi sempurna. 4. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. kalau tak mendidih betul .. keknya tak naik cantik .. 5. Masa kukusan bergantung kepada saiz bekas.  - Bekas kecil 10 minit ; - Bekas sedang 15-17 minit; - Bekas besar 40-45 minit  6.  Cucuk dengan lidi sebelum angkat. Jika lidi ...

Ayam Masak Kicap Kampun Stail

 Bahan-bahan 1 1/2 Biji Bawang Holland 3 Biji Bawang Putih 1 Inci Halia 3 biji cili api (optional) 2 ketul Dada Ayam potong kecil Kicap Masin minyak Cara-cara 1. Kisarkan Bawang Holland, putih & Halia. Kisar guna blender banyakkan air. 2. Panaskan kuali dan minyak secukupnya. 3. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Selepas itu masukkan cili api, tumis seketika. 4 Masukkan ayam. Gaulkan dan masak sehingga ayam keluar air. 5. Setelah ayam keluar air, boleh masukkan kicap & garam.Boleh tambahkan air untuk kuah yg lebih. Tidak perlu tambah air sekiranya lebih suka lauk kering. 6. Gaulkan dan biar kan air mendidih atau sehingga ayam betul-betul masak. 7. Bole Masukkan perhiasan seperti Bawang holland dipotonh bulat ataupun lada merah buang biji untuk menjadi penyeri hidangan.